[VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah


  • 112
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan keadaan mangsa kemalangan di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.

SEORANG remaja perempuan maut selepas motosikal yang diboncengnya terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal ditunggang rakannya berusia 19 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC yang bergerak lurus ke arah Gelang Patah melanggar sebuah lori jenis Hino yang membelok ke kiri.

"Kedua-dua mangsa terjatuh dari motosikal tersebut. Susulan kejadian ini, penunggang motosikal digilis di kaki, manakala pembonceng digilis di kepala.

"Pembonceng yang berusia 17 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian, sementara rakannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pemandu lori berkenaan pula tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

BACA LAGI: [VIDEO] Motor melelong terlanggar batu sebelum terseret, polis bantuan maut nahas babit 5 kenderaan di Iskandar Puteri

Ibrahim bagaimanapun memaklumkan, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Berdasarkan beberapa gambar dan video nahas yang dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp, kedua-dua mangsa berkenaan berada dalam keadaan yang sangat parah.

Impak daripada kemalangan itu, kepala pembonceng berkenaan dipercayai berkecai dan serpihan tempurung kepalanya memenuhi ruangan topi keledar mangsa.

Mereka turut dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram