Teka juadah raya dan menangi baucar eksklusif setiap minggu


  • Bizz
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Pelanggan Majoriti berpeluang memenangi baucar eksklusif setiap minggu dengan meneka setiap juadah terkenal.

TIDAK lengkap sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa juadah istimewa sebagai penyeri hari.

Pastinya menu seperti lemang, ketupat, rendang dan lontong menjadi antara tumpuan utama yang ditunggu-tunggu setiap rumah dikunjungi.

Tidak dilupakan kuih raya tradisional dan moden seperti semperit, baulu, putu kacang, dodol dan tart nanas yang pasti memikat selera ketika lebaran nanti.

Tetapi apakah anda mengetahui setiap satu jenis juadah yang dihidangkan sepanjang musim lebaran?

Bersempena perayaan ini, Majoriti ingin menguji tahap pengetahuan anda mengenai juadah yang disajikan khusus untuk menyambut hari raya.

Lebih menarik, pelanggan Majoriti berpeluang memenangi baucar eksklusif setiap minggu dengan meneka setiap juadah terkenal.

2591878

BACA LAGI: Pengalaman penuh tradisi berbuka di Kampunglicious Returns bersama Hotel Palm Garden Putrajaya

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi pelbagai baucar mingguan termasuk iftar secara bufet di hotel terpilih.

Tidak ketinggalan juga baucar-baucar menarik daripada Jakel, Touch n Go (TNG) dan Shell.

Jadi apa tunggu lagi, ayuh pamerkan kepakaran anda dalam mengenali aneka hidangan tradisional Hari Raya Aidilfitri pada setiap minggu!

BACA LAGI : Laksa carbonara, piza rendang tarikan hidangan fusion Ramadan Ascott Gurney Penang

Tempoh peraduan bermula 4 Mac hingga 7 April 2024.

Buat pembaca baharu kami, anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 50 peratus apabila melanggan Pelan Tahunan Standard menggunakan kod promo “MJRAMADAN50” di laman pembayaran.

Ini bermakna, pembaca hanya perlu membayar sebanyak RM46.70 untuk tempoh setahun langganan sekali gus berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai keseronokan dan menangi hadiah hebat bersama Majoriti musim raya ini! Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/ramadanmajoriti_5. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram