[VIDEO] Pemandu bas cabut lari lepas gilis 2 beradik lintas jalan


  • Benua
  • Khamis, 14 Mac 2024

Tangkap layar rakaman CCTV insiden ngeri melibatkan dua kanak-kanak yang digilis oleh sebuah bas sekolah ketika sedang melintas jalan di India. — Agensi

ISU keselamatan di jalan raya bukan sesuatu yang boleh diambil ringan oleh mana-mana pihak.

Apatah lagi sekiranya ia membabitkan kanak-kanak ataupun individu di bawah umur.

Pada Khamis, tular satu video memaparkan insiden ngeri membabitkan dua orang kanak-kanak yang sedang melintas jalan sebelum digilis sebuah bas sekolah yang membelok ke persimpangan tersebut.

Apa yang mengejutkan, jarak antara bas berkenaan dengan kedua-dua mangsa itu pada awalnya dilihat agak jauh dan sepatutnya membolehkan pemandu kenderaan melihat kanak-kanak berkenaan yang sedang melintas jalan.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Mahasrashtra Vasai, India pada 1 Mac lalu sekitar pukul 2 petang waktu tempatan.

BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026

WhatsApp Image 2024-03-14 at 9.10.37 PM

Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana bas berkenaan dilihat berada pada jarak yang agak jauh bagi membolehkan pemandu melihat kedua-dua mangsa yang sedang melintas jalan.

BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan

Difahamkan, kedua-kedua mangsa yang dipercayai pasangan adik beradik perempuan dan lelaki perempuan masing-masing berusia 5 dan 3 tahun.

Dalam kejadian tersebut, media tempatan melaporkan mangsa mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, pemandu bas terbabit turut melarikan diri daripada lokasi kejadian ekoran kemalangan yang berlaku.

Polis tempatan juga memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.

Insiden berkenaan turut menimbulkan kemarahan orang ramai yang tampil membangkitkan mengenai kecuaian pemandu terbabit.

Malah mereka juga meminta pihak berkuasa supaya memberikan keadilan kepada mangsa di samping menggesa pelaksanaan langkah pencegahan bagi mengelakkan insiden serupa berulang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kemalangan, gilis, bas sekolah, pemandu, lari, mangsa, parah