MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa kantin sekolah akan kekal beroperasi sepanjang bulan Ramadan mulai Selasa (12 Mac) khas buat murid bukan beragama Islam.
“Kantin mesti terus beroperasi,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor pada Isnin.
BACA LAGI: 'Kejarlah pahala seawal mungkin', ketahui kelebihan 10 malam pertama Ramadan dan ganjaran tarawih
Fadhlina menyarankan agar masyarakat menghormati agama lain di Malaysia. — The Star
BACA LAGI: 'Sayang akan tunggu', isteri mangsa bot karam di Kapit luah sedih suami belum dijumpai
Fadhlina berkata, masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan rasa hormat terhadap keperluan pelajar bukan Islam juga.
“Proses didikan untuk saling hormat-menghormati dan persefahaman antara satu sama lain adalah penting sepanjang bulan Ramadan.
"Guru juga akan mempunyai pengalaman untuk menguruskan jika terdapat isu yang timbul," katanya.
Seluruh umat Islam akan mula melaksanakan ibadah puasa bermula Selasa ini sekali gus menerapkan amalan mulia sepanjang Ramadan ini. — The Star/JAAYNE JEEVITA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram