Laksa carbonara, piza rendang tarikan hidangan fusion Ramadan Ascott Gurney Penang


  • Bizz
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Sempena Ramadan 2024 ini, Ascott Gurney Penang memfokuskan makanan fusion untuk para pengunjung.

MENU warisan turun-temurun tetapi diinovasi dengan hidangan barat. Demikian hidangan berbuka puasa yang bakal menemui orang ramai jika berkunjung ke Ascott Gurney Penang, George Town, Pulau Pinang pada Ramadan nanti.

Berlokasi di Timur Coffee House, Ascott Gurney Penang, hidangan berbuka penginapan terkenal itu menjanjikan pengalaman kulinari yang mengagumkan dengan memfokuskan makanan fusion iaitu hasil gabungan hidangan warisan Pulau Pinang dan Barat.

Walaupun hidangan fusion namun Ascott Gurney Penang masih memenuhi cita rasa tempatan dan sesuai untuk penduduk setempat serta pengunjung luar daripada Pulau Pinang bersama-sama untuk berbuka puasa.

Dari hidangan utama sehingga kuih-muih, para tetamu akan berpeluang mengalami pelbagai hidangan tempatan Pulau Pinang yang autentik dan menerima teknik masakan Barat.

Antara hidangan yang memikat hati hasil air tangan pasukan cef berbakat Ascott Gurney Penang ialah:

Laksa carbonara

WhatsApp Image 2024-03-01 at 11.00.41 AM (1)

Ascott Gurney Penang menghidangkan laksa Pulau Pinang dengan rasa berkrim sos carbonara Itali.

Gabungan kreatif rasa laksa Pulau Pinang yang kaya berasaskan kelapa dengan rasa berkrim sos carbonara Itali. Laksa berkenaan akan dihidangkan di atas pasta yang menepati tekstur al dente.

Jika ada yang kurang menggemari laksa dihidang dengan sos carbonara Itali, Ascott Gurney Penang menyediakan laksa Pulau Pinang versi klasik untuk para pengunjung.

Piza rendang

Gabungan mengancam antara daging rendang dimasak lembut, sos rendang pedas, dan keju yang meleleh di atas kerak piza penuh dengan kerangupan. Ia menawarkan hidangan fusion yang mengasyikkan antara masakan Malaysia dan Itali.

Nasi ayam Hainan

WhatsApp Image 2024-03-01 at 11.00.40 AM (3)

Nasi ayam Hainan pastinya menjadi menu kegemaran pengunjung.

Hidangan nasi ayam Hainan sememangnya terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kali ini cef dari Ascott Gurney Penang memberi perasaan berbeza dengan menampilkan hirisan ayam yang lembut, nasi wangi dan rempah ratus tradisional bagi membuat aroma dan rasa lebih kuat.

Spageti kari Penang

IMG_6767

Hidangan spageti akan dimasak secara langsung oleh cef.

Gabungan memikat rasa aromatik kari Pulau Pinang dengan ciri khas spageti Itali ini akan dimasak secara langsung oleh chef Ascott Gurney Penang. Spageti bersama kuah kari autentik Penang pastinya menawarkan gabungan rasa seimbang dalam makanan.

Kepelbagaian kuih muih

WhatsApp Image 2024-03-01 at 17.03.24

Kuih seri muka dan ketayap antara kuih-muih tradisional di Ascott Gurney Penang.

Tetamu akan menikmati kuih-muih tradisional Penang yang dihasilkan dengan teliti untuk menggoda para pengunjung dan membangkitkan kenangan.

Selain kuih muih tradisional, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pencuci mulut seperti aneka mini kek, cheese tart dan juga cream puff istimewa.

Dalam masa sama, Ascott Gurney Penang bukan semata-sama hadir dengan hidangan fusion kerana mereka juga menyediakan pelbagai hidangan tradisional untuk si penggemar makanan ala kampung.

WhatsApp Image 2024-03-01 at 17.31.16

Kerabu yang dihidangkan seperti kerabu betik, kerabu jantung pisang dan kerabu perut.

Ayam goreng berempah, ayam goreng telur masin, sate, daging rendang kampung, kacang buncis masak halia, aneka kerabu, pecal kampung, solok kelapa goreng Thai, sayur lodeh, tempe sambal ikan bilis, ulam-ulaman, ketupat dan hidangan wajib berbuka iaitu kambing golek.

Apa yang dapat disimpulkan, Ascott Gurney Penang bertujuan untuk mencipta pengalaman kuliner yang memikat, selain tetamu dapat menikmati keindahan masakan tradisional Penang di bulan Ramadan nanti.

Untuk sebarang maklum lanjut mengenai tempahan berbuka, boleh hubungi (603-2718 6868) atau layari laman web www.discoverasr.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram