SEORANG penunggang motosikal hilang kawalan lalu tersembam ke atas penghadang jalan selepas terlanggar satu lubang besar di tengah jalan di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video dimuat naik di Facebook Malaysiaku Live pada Rabu, penunggang tersebut dilihat melambung di kawasan lubang itu sebelum terbabas dan terjatuh di pembahagi jalan.
Mangsa bagaimanapun sempat mengelak daripada merempuh kenderaan lain yang berada berhampirannya.
BACA LAGI : Mat Pakistan tunggang motor tanpa lesen, cari gaduh lepas langgar perempuan di Bangi
Pada masa sama, kedengaran suara panik pemilik video berkenaan ketika melihat mangsa yang tidak dapat mengawal motosikalnya ketika kejadian.
Namun, keadaan mangsa selepas kemalangan masih belum dipastikan lagi.
Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap pihak bertanggungjawab yang seharusnya memperbaiki jalan tersebut.
"Ini kena tuntut dengan kerajaan, kita bayar cukai jalan tapi jalan macam c****a," komen Ramli Khamis.
"Saman Jabatan Kerja Raya (JKR) yang buat jalan tu, duit rakyat baham banyak, jalan tak baiki pun," tulis A Malek A Karim.
Malah, ada juga yang menyeru nama aktivis sosial, Lando Zawawi yang sering memperjuangkan masalah jalan berlubang sebelum ini.
"Takkan nak harapkan Lando Zawawi nak betulkan jalan lagi?," komen Sfafigih.
Setakat ini, tiada lagi kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram