Muhyiddin nafi wujud kartel dalam Bersatu


  • Politik
  • Isnin, 11 Mac 2024

Muhyiddin menegaskan bahawa Bersatu berfungsi mengikut perlembagaan partinya.

TAN Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari mengenai kewujudan kartel dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Jangan cari alasan selepas anda melakukan kesilapan besar.

"Membuat tuduhan terhadap parti adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pindaan perlembagaan Bersatu di ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pada Isnin.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata demikian merujuk kepada pengisytiharan sokongan Abdul Rashid terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 6 Mac.

BACA LAGI: Ibu bapa terasa kenaikan belanja persediaan sekolah

23-Jul 10:30AM -  [TOURISM SELANGOR] at Sky Forest, Acapella Suites and Hotel, Section 13, Shah Alam,Shah Alam. Press Conference: Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF) 2019 with Selangor Cultural and Tourism, Malay Tradition and Heritage standing committees chairman Datuk Abdul Rashid Asari, Selangor Environment, Green Technology and Consumers Affairs standing committees chairman Hee Loy Sian.

ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menegaskan Bersatu berfungsi mengikut perlembagaan partinya.

"Abdul Rashid adalah Pengerusi Bersatu (Selangor) jadi jika ada kartel, dialah (kartelnya)," kata Muhyiddin.

Abdul Rashid sebelum ini dilaporkan mendakwa Bersatu Selangor berada di bawah pengaruh kartel diketuai seorang pemimpin yang menyertai parti itu baru-baru ini.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata, perkara itu merupakan antara sebab beliau mengisytiharkan sokongan kepada Amirudin dan kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Rashid berkata, beliau kekal komited sebagai ahli Bersatu. — The Star/TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram