Mahkamah Rayuan batal pelepasan, pembebasan Muhyiddin, 4 kes rasuah dibicara semula


Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi Bersatu.

MAHKAMAH Rayuan pada Rabu membatalkan pelepasan dan pembebasan yang diterima bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam empat kes rasuah dihadapi pemimpin itu yang berjumlah RM232.5 juta.

Ia selepas tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan secara sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah terbabit.

Susulan daripada itu, bahawa Mahkamah Rayuan mengarahkan supaya kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Turut bersidang dalam prosiding tersebut ialah Hakim, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin membatalkan tuduhan terbabit yang mengatakan empat pertuduhan itu tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA LAGI: Muhyiddin diberi pelepasan pasport, rasmi restoran rakan karib di Thailand

2545351

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN ketika ini masih berdepan tiga tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM200 juta.

BACA LAGI: Kes Nik Elin Zurina: Fahmi tegur Muhyiddin sebar berita palsu

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan itu adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Dalam pertuduhan terbabit, Muhyiddin, 77, ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi Bersatu.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ketika ini masih berdepan tiga tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM200 juta. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram