[VIDEO] Tak sempat balik kampung, 2 beradik maut disambar petir ketika tunggang motor tepi sawah


  • Benua
  • Ahad, 10 Mac 2024

Penduduk mengesyaki mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dengan dua mangsa terbabit didapati turut tidak memakai topi keledar ketika insiden.

PERJALANAN dua beradik untuk pulang ke kampung bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas disambar petir ketika menaiki motosikal melintasi kawasan sawah padi dekat daerah Kalibening, Banjar Negara, Indonesia pada Selasa.

Pegawai Kampung Sikumpul, Daerah Kalibening, Agus Salim berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan untuk pulang ke daerah Wanayasa.

"Ada dua mangsa, adik dan abang. Jadi kedua-duanya berasal dari Wanayasa, tetapi abang berkahwin dengan orang kampung Sikumpul (daerah Kalibening).

"Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Utara ke Selatan," kata Agus ketika dihubungi detikJateng.

Semasa insiden, kedua-dua mangsa dilaporkan sedang melintasi lokasi kejadian sekitar pukul dua 2.30 petang ketika cuaca hujan renyai sebelum kedengaran bunyi guruh sangat kuat.

BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai kanan datuk bandar mati kena tembak depan rumah ketika nak hantar cucu pergi sekolah

Menurut saksi, kedua-dua mangsa serta-merta terjatuh dari motosikal ditunggang ekoran insiden yang berlaku.

"Bunyi petir sangat kuat. Jadi ketika kami melalui kawasan sawah, ada penduduk yang melihat kedua-dua mangsa terjatuh dari motosikal mereka," kata Agus.

Ketika diperiksa orang awam, kedua-dua mereka didapati sudah dalam keadaan melecur.

Penduduk mengesyaki mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dengan dua mangsa terbabit didapati turut tidak memakai topi keledar ketika insiden.

Korban kemudiannya dilaporkan dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Kalibening untuk diuruskan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram