BAGAI mati hidup semula. Itu merupakan ayat yang sesuai diungkapkan berdasarkan situasi dihadapi seorang wanita yang nyaris maut akibat dipanah petir di Boise, Idaho, Amerika Syarikat (AS) pada 3 Disember 2007.
Lara Eustermann, 39, berdepan detik sukar apabila terpaksa ditidurkan akibat koma selama tiga minggu selepas daripada kejadian itu.
Insiden berkenaan tercetus ketika Eustermann dan dua anak lelakinya sedang bersiar-siar di kawasan taman sebelum hujan ribut melanda secara tiba-tiba sehingga memaksa mereka berteduh dalam kereta.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut kena sambar petir ketika berada di pantai
BACA LAGI: [VIDEO] Kereta nyaris dihempap pokok tumbang akibat disambar petir di Nilai
Namun, petir yang menyambar telah mengakibatkan kesemua mereka rebah dan pengsan di lokasi kejadian.
Sebaik cuba dikejutkan, Eustermann tidak sedarkan diri dan terus pitam akibat panahan petir tersebut.
Menyedari situasi itu, Eustermann kemudiannya dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh ibunya, Larsen.
Meskipun diberitahu bahawa anaknya sudah tiada, namun naluri keibuan yang tinggi telah membuatkan Larsen terus berusaha untuk memberikan bantuan pernafasan kepada anaknya.
Sebaik beberapa kali mencuba, akhirnya pihak hospital berjaya mengesan degupan jantung dan Eustermann disahkan kembali bernafas dan hidup selepas bangkit daripada koma.
Dia kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah dan hanya perlu menjalani rawatan pemulihan dari pusat rawatan secara berkala. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram