PADA sekitar Februari 2013, bandar raya Los Angeles di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan kehilangan miseri seorang pelajar kelahiran Kanada, Elisa Lam yang berusia 21 tahun.
Sebelum itu, wanita terbabit yang sedang melancong di bandar tersebut dilaporkan kali terakhir dilihat hidup pada 31 Januari 2013 sebelum ibu bapanya membuat laporan mengenai kehilangannya pada 1 Februari.
Kes tersebut mula mendapat perhatian selepas Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) pada 13 Februari 2013 mengeluarkan rakaman video kelibat Lisa yang dilihat kali terakhir berada di dalam lif Hotel Cecil yang terletak bandar berkenaan.
Tindakan itu dilakukan selepas pihak berkuasa gagal untuk menemui sebarang petunjuk baharu mengenai kes tersebut.
2013 Elevator footage from the Cecil Hotel in LA shows Elisa Lam behaving strangely on her last day alive. After quite a lengthy search, her body was found in a water tank on the roof after guests complained that their tap water was dirty. pic.twitter.com/S7caIquL5b
— Morbid Knowledge (@Morbidful) February 10, 2024
Video tersebut yang tular di sosial media itu menarik perhatian ramai selepas wanita berkenaan didapati berkelakuan sangat aneh ketika berada di dalam lif.
Berdasarkan klip tersebut, Elisadilihat menekan satu kesemua barisan butang di dalam lif berkenaan sebelum berdiri di satu sudut.
Beberapa saat selepas itu, dia kemudiannya secara tiba-tiba menghulurkan kepalanya ke luar depan pintu lif sebelum menoleh ke kiri dan kanan seakan-akan sedang memerhati seseorang.
Elisa Lam
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut disambar petir waktu cuaca cerah ketika main bola di stadium
Dia seterusnya masuk kembali ke ruangan lif sebelum secara tiba-tiba bergerak keluar semula untuk melihat ke arah luar.
Video tersebut merupakan klip terakhir yang memaparkan kelibatnya.
Elisa kemudiannya ditemukan tidak bernyawa dalam tangki air besar yang terletak di atas bangunan hotel tersebut pada 19 Februari 2013.
Penemuan itu berpunca selepas terdapat penghuni di hotel berkenaan mengadu mengenai isu air paip yang didapati kotor.
Lisa ditemui sudah meninggal dunia di dalam tangki air besar yang terletak di atas bangunan hotel. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong
Ekoran daripada itu, punca mengenai kematian Elisa terus menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat.
Ini kerana selepas 11 tahun, masih tiada penjelasan mengenai bagaimana mangsa boleh naik sampai ke kawasan tangki berkenaan yang terletak di atas bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, laporan toksikologi yang diambil terhadap mayatnya mendedahkan bahawa dia mungkin mengambil ubat bagi gangguan bipolarnya.
Pengambilan ubatan tersebut dipercayai mungkin menjadi punca menyebabkan episod psikotik terhadapnya sehingga membawa kepada tingkah laku peliknya.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa memutuskan bahawa kematiannya adalah disebabkan kerana lemas secara tidak sengaja dengan penyakit mentalnya menjadi faktor penting kepada kejadian berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram