NASIB malang menimpa sekeluarga selepas gerai milik mereka musnah dihempap sebatang pokok besar di Alor Gajah, Melaka pada Rabu.
Menerusi hantaran di Facebook Aina Arisha Aqif, kejadian itu berlaku pada tengah hari ketika sedang menjalankan perniagaan bersama suami serta anak-anaknya.
Berdasarkan beberapa gambar dikongsikannya, beberapa perkakas termasuk khemah yang dipacaknya mengalami kerosakan teruk.
BACA LAGI : Tragedi pokok tumbang: Tak sangka itu panggilan video ayah terakhir
Beberapa orang awam termasuk pihak bomba yang membantu pemilik gerai tersebut. — Facebook
Menurutnya, perniagaan terpaksa dihentikan susulan kejadian yang berlaku.
Pada masa sama, suami pemilik hantaran itu juga dikatakan cedera dan sudah dibawa ke Hospital Alor Gajah.
"Dugaan buat kami sekeluarga, demi mencari sesuap nasi. Maaf buat semua pelanggan, kami tidak lagi dapat beroperasi kedai pun habis.
"Syukur Alhamdulillah, anak-anak semua dilindungi ALLAH, cuma suami sekarang berada di zon kuning dan berada dalam pemantauan doktor," kongsinya.
BACA LAGI : Kereta nyaris dihempap pokok tumbang akibat disambar petir di Nilai
Keadaan gerai yang dihempap pokok besar. — Facebook
Sementara itu, dia turut meluahkan rasa syukurnya terhadap keperihatinan orang awam yang menghulurkan bantuan kepadanya ketika itu.
"Yang mana membantu tadi, maaf saya tak sempat ucapkan terima kasih dalam keadaan yang kelam kabut tadi. Terima kasih banyak-banyak, doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan," luahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram