Penjawat awam Pahang boleh balik kerja tengah hari setiap Jumaat sepanjang Ramadan


  • Primer
  • Ahad, 10 Mac 2024

Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari. — Facebook

WAKTU bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengumuman tersebut adalah selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, penetapan waktu bekerja itu turut melibatkan semua jabatan negeri, pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan serta badan berkanun negeri.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Makcik jerit tiada siapa berhenti tolong', saksi kongsi kisah getir saat-saat tragedi 'berdarah' stesen minyak Batu Gajah

PEKAN, 28 Nov -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada sidang media pertama selepas selesai mengangkat sumpah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Istana Abu Bakar hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Wan Rosdy Wan Ismail

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

"Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian.

"Patik pacal-pacal Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Negeri Pahang Darul Makmur demi kemakmuran bersama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Umat Islam dijangka menyambut Ramadan bermula Selasa, dengan pengumuman rasmi mengenai tarikh mula berpuasa akan dimaklumkan pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram