
MAYAT seorang lelaki ditemui tersangkut pada tiang paip air di Sungai Klang, berhampiran Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira pada pukul 9 pagi.
Katanya, mayat yang ditemui masih lengkap berpakaian dan berada dalam keadaan tertiarap di dalam air.
BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU
Mayat yang ditemui itu turut memakai jam hitam di tangan kirinya. — Telegram
BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai kanan datuk bandar mati kena tembak depan rumah ketika nak hantar cucu pergi sekolah
Ujar beliau, tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.
“Hasil pemeriksaan terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Wan Azlan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu memakai baju T, seluar jean biru, tali pinggang hitam dan memakai jam hitam di tangan kiri serta tidak berkasut.
Wan Azlan berkata, tiada senjata ditemui di lokasi kejadian dan polis setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah
"Kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca kematian," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram