SEORANG bayi lelaki baru dilahirkan maut selepas dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan awal mendapati bayi terbabit baru lahir berikutan terdapat tali pusat pada mayat mangsa.
"Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum tiba di lokasi kejadian.
"Bayi dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala pecah," katanya.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. — Ihsan PDRM
BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda mengerang kaki terkepak sampai nampak tulang lutut di Baling
Ku Mashariman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti ibu bapa atau individu terbabit dalam kejadian itu.
“Kita masih siasat...pasukan siasatan ada di tempat kejadian, kita ada bantuan unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik di lokasi kejadian.
"Siasatan polis akan dibuat dengan mengambil segala kemungkinan yang ada," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram