MAYAT tanpa identiti yang sudah reput ditemukan tersangkut pada batang kayu dalam anak sungai di Batu 3½ Jalan Maharajalela, Teluk Intan, Perak pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12.05 tengah hari.
“Siasatan awal polis mendapati, si mati ditemukan tersangkut di batang kayu yang melintang di anak sungai tanpa berpakaian dan tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa.
“Keadaan si mati sangat teruk dengan terdapat banyak bahagian tubuh yang dimakan oleh biawak dan bahagian muka si mati sudah tidak sempurna.
“Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan dan hasil bedah siasat pada pagi Selasa mendapati punca kematian adalah disebabkan Unascertained (Decomposition),” katanya.
BACA LAGI: Miliki hak eksklusif Taylor Swift, PM Singapura tidak berniat cetus permusuhan serantau
Anggota bomba membawa keluar mayat reput tanpa identiti yang ditemukan tersangkut pada batang kayu di Batu 3½ Jalan Maharajalela, Teluk Intan, Perak pada Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] Keluang Man mula 'beraksi' April ini, peminat berpeluang jadi superhero di KidZania
Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya segera menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
“Orang ramai juga menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6233969 bagi membantu siasatan.
“Setakat ini kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram