Berderau darah anak perempuan hilang di Tokyo, ibu bapa lega jumpa lepas sejam


  • Massa
  • Ahad, 25 Feb 2024

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang sewaktu menggunakan perkhidmatan tren di laluan Keikyu. — Herda Husnida

KEBIMBANGAN pasangan suami isteri yang bercuti di Tokyo, Jepun berakhir selepas anak perempuan mereka yang hilang ditemui dalam keadaan selamat.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Herda Husnida, pada awalnya dia memaklumkan bahawa anaknya disyaki hilang sewaktu menggunakan perkhidmatan tren laluan Keikyu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda.

Ujarnya, kejadian yang berlaku pada Sabtu itu mungkin terjadi disebabkan terlalu ramai kanak-kanak yang berada di kawasan sekitar.

"Mohon sesiapa yang berada di Tokyo. Anak saya hilang. Kami tengah tunggu tren (laluan) Keikyu ke Shinagawa. Naik tren ekspres ke Haneda Terminal 3.

"Kami turun saja dia sudah tidak ada. Memang tak perasan sebab ramai budak. Mohon siapa-siapa nampak tolong hubungi saya," katanya sambil berkongsi foto anaknya di media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah macam main game, 3 maut kena tembak bertubi-tubi di laluan karpet merah

WhatsApp Image 2024-02-25 at 10.01.38

Tangkap layar hantaran memaklumkan kanak-kanak tersebut sudah dijumpai.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita cuba potong kenderaan lain maut sehari selepas pernikahan anak

Bagaimanapun, difahamkan kanak-kanak itu sudah pun ditemui kira-kira satu jam selepas aduan dibuat di balai polis berdekatan.

"Terima kasih atas doa rakan-rakan RTJ (Road to Japan). (Anak saya) dah dijumpai.

"Dia berada di Keikyu Shinagawa. Selepas buat aduan polis, (kami) terus cari dan jumpa dia.

"Kami risau dia dalam tren ke Haneda Terminal 1-2, kemudian tak turun atau (bimbang dia) turun di mana-mana stesen. (Lebih susah) nak cari," ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram