Jatuh ketika ikat balak belakang lori, pemandu maut digilis jentera berat di Jerantut


  • 112
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Saifulnizam disahkan meninggal dunia di lokasi. — Gambar hiasan

SEORANG pemandu lori menemui ajal apabila digilis jentera berat selepas terjatuh semasa sedang mengikat balak di atas trelernya dalam kejadian di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol, Jerantut, Pahang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Saifulnizam Zakaria, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurutnya, siasatan dilakukan mendapati, lelaki tersebut yang beralamat di Kampung Pajoh, Jerangsang, Benta, Lipis sedang mengikat balak di atas lori treler dipandunya menggunakan rantai besi.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat hantar bekalan ayam, pemandu dan kelindan maut di Laluan Gopeng-Simpang Pulai

72F0F460-255F-433F-BA59-2FA2450A10DE

Mangsa terjatuh ketika sedang mengikat balak di atas lori treler dipandunya. — Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Abang mohon doakan adik selamat, 2 mangsa masih hilang bot karam di Kapit dikenal pasti anggota polis iringi bahan letupan

"Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di belakang kenderaan itu.

“Ketika itu, pemandu jentera berat yang sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat balak tidak menyedari mangsa berada di belakang jentera berat itu.

“Mangsa digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram