Berjam-jam tak disedari sesiapa, 2 remaja bawah umur ditemukan terbujur kaku tepi motor di Kuching


  • Tular
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Keadaan dua mangsa ketika ditemui orang awam yang melalui lokasi kejadian di Jalan Sungai Tapang, Kuching, Sarawak pada Khamis. —  Facebook

DUA remaja maut selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Sungai Tapang, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak pada Khamis malam.

Menerusi hantaran di muat naik di Facebook Sarawak Update pada Jumaat, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 11 malam.

Mangsa dikatakan berusia 13 dan 14 tahun berasal dari Kampung Sungai Tapang ditemui terbaring kaku di tepi motosikal ditunggangnya oleh orang awam pada Jumaat.

BACA LAGI : Culas bayar sewa PPR, 'auto deduct' akaun bank antara cara baharu boleh dipertimbang

photo_6293908714545070066_x

Keadaan motosikal milik kedua-dua mangsa. — Facebook

BACA LAGI : Culas bayar sewa PPR, 'auto deduct' akaun bank antara cara baharu boleh dipertimbang

Melalui beberapa gambar dalam hantaran itu, motosikal terbabit dilihat berada di dalam kawasan semak berhampiran lokasi kemalangan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dipercayai terbabas dan merempuh tiang elektrik di lokasi kejadian.

Namun, identiti dan punca sebenar masih belum dapat dipastikan lagi.

Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, pihak polis sudah dihubungi seawal pukul 7 pagi hari sama ditemui.

Setakat ini belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram