Pemain dram Cromok meninggal dunia, jenazah dikebumi lepas zuhur di Kelantan


  • Massa
  • Khamis, 07 Mac 2024

Miji meninggal dunia pada usia 58 tahun dipercayai akibat kanser hati tahap empat di Pasir Mas, Kelantan Rabu. 

BEKAS pemain dram kumpulan, Cromok, Tarmizi Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Miji meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati tahap empat pada Rabu.

Miji dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pasir Mas, Kelantan pada usia 58 tahun.

Berita duka tersebut disampaikan oleh pemain gitar band berkenaan, Karl melalui laman media sosial Facebook pada hari yang sama.

"Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu bahawa Tarmizi Mokhtar (Miji Cromok) kembali ke Rahmatullah pada 6 Mac 2024, pukul 10.40 malam.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Ibu cabut nyawa bayi sendiri pura-pura sedih, tangisi kematian anak di TikTok

431784430_18421949659022910_2364195027273574197_n

Jenazah Allahyarham Miji akan dikebumikan selepas zuhur di Tanah Perkuburan Islam Lemal.

BACA LAGI : [VIDEO] Lima pelanggan restoran muntah darah lepas jamah ais kering 'beracun'

Karl turut memaklumkan, jenazah Allahyarham Miji akan dikebumikan selepas zuhur di Tanah Perkuburan Islam Lemal.

"Jenazah sekarang berada di Lot 1704, Kg Jias, 17000 Pasir Mas.

"Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberi sokongan kepada keluarga almarhum pada masa kesedihan ini.

"Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda.

"Pada yang berkesempatan kami berharap agar dapat menyertai perjalanan terakhir ini sebagai tanda penghormatan kepada arwah," katanya.

Pada Ahad lalu, Karl melalui satu hantaran di Facebook memaklumkan Miji dirawat di hospital akibat kanser hati tahap empat. Karl memohon peminat Cromok memanjatkan doa supaya sahabatnya itu kuat berdepan ujian.

Allahyarham Miji dan Karl adalah anggota asal Cromok yang sama-sama menubuhkan kumpulan itu bersama Sam (penyanyi dan pemain bes) serta Din (gitar dan penyanyi) ketika menuntut di Sydney, Australia pada 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram