SEORANG lelaki hanya mampu meraung dan menangis ketika melihat jenazah anaknya yang maut dalam kemalangan di Taman Senai Utama menghala Saleng dekat Senai, Johor pada Isnin.
Video kejadian itu juga dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan turut tular di laman media sosial dan Telegram pada hari yang sama.
"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori selepas Jejantas Taman Senai Utama menghala Saleng kira-kira pukul 7 malam Isnin," katanya.
BACA LAGI: Terigau-igau urus jenazah bayi tanpa kepala, dibuang dalam tangki kumbahan
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, mangsa yang menunggang motosikal didakwa melanggar belakang sebuah lori simen.
"Permukaan jalan raya pada ketika itu licin kerana baru lepas hujan.
"Lelaki yang menangis itu bapa kepada arwah. Al-Fatihah buat mangsa," tulis Ali Muhd.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut mahupun pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram