SECARA umumnya, kaum Hawa sinonim dikaitkan dengan sikap lemah-lembut dan penyayang. Namun, ia tak bermakna golongan wanita yang dipandang lemah tidak berupaya menjadi pembunuh kejam.
Itulah yang berlaku kepada Nicola Priest apabila ibu muda itu tergamak membunuh anak perempuannya, Kaylee-Jayde Priest hanya kerana kanak-kanak malang tersebut membuat bising dan dikatakan mengganggu waktu 'bersama' kekasihnya.
Apa yang membuatkan ramai berang, Nicola sempat memuat naik video menari di TikTok beberapa hari selepas anak kecil berusia tiga tahun ditemukan mati akibat didera dengan teruk.
Selain video menari, Nicola juga ada membuat video meratapi anak kecil itu seolah-olah dia tidak bertanggungjawab di atas kematiannya.
Tindakannya itu sekali gus mengundang kemarahan orang awam dan kerana ia dianggap bukanlah satu perlakuan tidak normal bagi seorang wanita bergelar ibu.
Namun, Nicola menganggap, hanya kerana dia memuat naik video tarian di media sosial tidak bermakna dia tidak patah hati.
BACA LAGI: Remaja hilang 8 hari lepas ambil gaji ditemukan mati dalam semak di Sabak Bernam
BACA LAGI: Terigau-igau urus jenazah bayi tanpa kepala, dibuang dalam tangki kumbahan
Memetik laporan media antarabangsa, Kaylee-Jayde ditemui mati dengan kecederaan di dada dan perut di sebuah flat di Kingshurst, West Midlands, England pada 9 Ogos 2020.
Nicola dan kekasihnya, Callum Redfern bagaimanapun menafikan dakwaan membunuh dan membiarkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Ketika perbicaraan di Mahkamah Birmingham Crown, Gurdeep Garcha yang mewakili Redfern, bertanya kepada Priest mengenai media sosial dan dia mengesahkan mempunyai akaun TikTok.
Dia mengaku ada menyiarkan sebuah video berjudul 'My Version' pada 22 September dengan emoji wajah tersenyum ketika menetap di flat itu, lapor Birmingham Live.
Tangkap layar Nicola meratapi kematian anaknya di TikTok.
“Ya. Ia tidak bermakna saya tidak patah hati. Hanya kerana memuat naik beberapa video tarian tidak bermaksud saya tidak merindui anak kecil saya. Saya sangat menyayangi anak saya,” katanya kepada mahkamah.
Pendakwa Raya Andrew Smith berkata, Nicola memberitahu mahkamah bahawa anaknya mati sebaik ambulans tiba di kediamannya.
Pakar perubatan menyifatkan luka yang dialami Kaylee sama seperti kanak-kanak yang dilanggar kereta atau terjatuh dari pokok atau lantai konkrit. Kaylee juga mempunyai kesan kecederaan lama seperti patah tulang rusuk, retak tulang kaki dan tulang sternum.
Nicola dan Callum akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun atas kesalahan membunuh anaknya sendiri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram