
SEMUA Ahli Parlimen perlu diberikan peruntukan sama rata tanpa mengambil kira parti politik, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang).
Beliau yang juga Presiden PAS berkata, semua wakil rakyat mesti dilayan secara adil.
"Tidak kira siapa kerajaan selepas pilihan raya, mereka mesti diberi peruntukan sama ada bersama kerajaan atau pembangkang,” katanya semasa sesi perbahasan Titah Diraja di Parlimen pada Rabu.
“Inilah yang dinamakan adil, kerana cukai dikutip daripada semua. Pakaian dikenakan cukai, perkhidmatan dikenakan cukai. Mereka tidak bertanya sama ada orang itu (menyokong) kerajaan atau pembangkang,” tambahnya.
BACA LAGI : Terigau-igau urus jenazah bayi tanpa kepala, dibuang dalam tangki kumbahan
Anwar sebelum ini menyatakan tindakan melahirkan sokongan terhadap Perdana Menteri bukan sebahagian daripada syarat ditetapkan untuk agihan peruntukan sama rata daripada kerajaan kepada ahli Parlimen Pembangkang. — Gambar hiasan
Pada masa sama, Abdul Hadi turut mengambil kesempatan dengan mempersoalkan mengenai konsep Madani yang menjadi tema kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami tidak tahu apa itu Madani," katanya.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar dan mengatakan bahawa mereka berbuat demikian untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi kawasan masing-masing.
Anwar sebelum ini berkata, tindakan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri bukan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan untuk agihan peruntukan sama rata daripada kerajaan kepada Ahli Parlimen Pembangkang. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM/TARRENCE TAN/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram