Atlet silat SUKMA Terengganu maut ketika bertanding, KBS tunggu siasatan PESAKA


  • Primer
  • Isnin, 04 Mac 2024

Adam berkata, KBS sedang menunggu hasil siasatan awal daripada PESAKA selaku penganjur. — Facebook/AdamAdli

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan semua penganjur acara sukan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini melibatkan peserta, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Ia susulan kematian pesilat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, yang meninggal dunia semasa pertarungan dalam kejohanan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

“Kami mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa,” katanya semasa Sesi Soal Jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurut Adam, kementeriannya sedang menunggu hasil siasatan awal daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang merupakan penganjur.

“Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang, kita akan pastikan semua penganjur mematuhi SOP,” katanya.

“Ini akan diselaraskan dengan Suruhanjaya Sukan dan kami telah melancarkan Kod Sukan Selamat yang merangkumi tanggungjawab penganjur dalam mematuhi SOP dan menyediakan ruang selamat untuk memastikan terdapatnya langkah untuk menangani risiko ini,” tambah Adam.

BACA LAGI: 'Saksi semua kebaikan Chikk di dunia ini', kakak sayu atlet silat SUKMA Terengganu maut terkena tendangan lawan

2572803

Allahyarham Wan Muhammad disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi Ahad di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. — Facebook/Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada lagi kelibat Din Katak dengan jalur gemilangnya di Seremban, Jamaludin maut kemalangan

Beliau berkata, kementerian juga akan bekerjasama rapat dengan majlis sukan negeri bagi memastikan penguatkuasaan SOP lebih ketat terutama apabila menganjurkan acara sukan berisiko tinggi.

"Kami tidak mahu kejadian seperti itu berulang kerana kesilapan yang boleh dielakkan sejak awal," katanya.

Wan Muhammad yang menyertai pertandingan silat di Balai Raya Coral Height Park di Seremban pada Ahad, rebah dan pengsan selepas ditendang.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi Ahad (3 Mac) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM/TARRENCE TAN/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram