
BEKAS Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman sah menjadi Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berkuatkuasa pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam satu hantaran di Facebooknya.
BACA LAGI: J-KOM perlu berubah, elak dikaitkan dengan Jasa
Bekas KP J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh Langkah Dubai, Puad Zarkashi cadang J-KOM dirombak sepenuhnya
"Tahniah kepada Dr Mohd Khairuddin Othman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah J-KOM berkuat kuasa hari ini (Jumaat).
"Semoga J-KOM akan terus memperkukuh komuniti Madani yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik," katanya.
Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras dan pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang sebelum ini bertindak meletakkan jawatan pada 15 November lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram