Ada yang mengeluh, PIMA pantau harga lesen memandu lepas kenaikan SST


  • Massa
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Sememangnya institut memandu di negara ini sudah mula menambah dua peratus kenaikan cukai SST dalam yuran pembelajaran pelajar.

KADAR cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Kadar baharu yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2024 itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawan.

Begitupun ia tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, logistik, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Pastinya penguatkuasaan itu menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan rakyat.

Antaranya, terdapat aduan di laman Facebook yang membincangkan tentang kenaikan harga lesen memandu disebabkan pengenalan kadar baharu SST.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar berkata, sememangnya institut memandu di negara ini sudah mula menambah dua peratus kenaikan cukai SST dalam yuran pembelajaran pelajar.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk trauma dengar bunyi 'klepak', wanita maut dipercayai ditolak kekasih dari tingkat 23 kondominium di Setia Alam

WhatsApp Image 2024-03-02 at 15.14.15

Tangkap layar menunjukkan hantaran di Facebook mengenai harga di sebuah institusi memandu. — Facebook

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan solat berjemaah, 4 senior sekolah pondok 'bantai' junior sampai maut

Menurutnya, mengikut perkiraan, purata bayaran cukai baharu untuk mengambil lesen memandu adalah sebanyak RM80.

"Sebagai contoh, jika seseorang mengambil lesen motosikal besar, dahulu mereka perlu bayar RM1,060, sekarang bertambah jadi RM1,080.

"Kenaikan cukai SST tidak ada kena mengena dengan bayaran pembelajaran lain. Ia adalah dua perkara yang berbeza.

"Memang cukai SST sebelum ini pun perlu dibayar oleh pelanggan. Kita hanya kumpul dan serahkan kepada kerajaan. Harga belajar memandu tetap sama," katanya kepada Majoriti.

Mat Aris berkata, setakat ini tiada sebarang aduan diterima daripada pelanggan berhubung kenaikan harga tersebut.

Lagipun ujarnya, kadar itu adalah arahan daripada kerajaan sendiri.

"Kenaikan SST menunjukkan bahawa kerajaan juga memerlukan peranan tambahan untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan.

"Kita memang sentiasa membuat pemantauan harga di institusi lesen memandu di negara ini," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram