[VIDEO] Ambil iktibar Ustazah Asma’ Harun tutup kedai, pemuda kongsi tip buat usahawan F&B 'baru nak up'


  • Bizz
  • Khamis, 29 Feb 2024

Asma’ terpaksa menutup restorannya kerana tidak mampu menanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan. — Facebook/Ustazah Asma’ Harun

DISEBABKAN tidak mampu menanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpaksa menutup operasi restorannya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok baru-baru ini, Asma’ memberitahu, pelbagai usaha dilakukan untuk menampung kerugian antaranya membuat pinjaman, menjual aset-aset dan menggadai barang kemas.

Beliau berkata, meskipun kedai berkenaan terletak di kawasan strategik, pihaknya terpaksa berbuat sedemikian atas faktor peningkatan harga kos bahan mentah.

"Kami tidak sanggup menaikkan harga makanan walaupun kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat kerana tidak mahu membebankan para pelanggan.

“Kita nak naikkan harga tak sanggup padahalnya kos operasi untuk restoran lagi-lagi ada makanan laut sangatlah tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal,” katanya.

Tidak dinafikan, mengendalikan perniagaan berbentuk makanan dan minuman (F&B) bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.

Setelah menganalisis penutupan kedai makan milik Asma’, seorang pemuda menerusi satu hantaran di laman Facebook dengan nama Amirul Mu'min tampil memberikan beberapa tip yang boleh diaplikasikan oleh peniaga khusus untuk usahawan F&B yang baru hendak memulakan perniagaan mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk trauma dengar bunyi 'klepak', wanita maut dipercayai ditolak kekasih dari tingkat 23 kondominium di Setia Alam

BACA LAGI: [VIDEO] Apa dosa kucing itu kak? — Pencinta haiwan

1) Tetapkan harga jualan

Untuk konsisten selamat dan kekal berniaga dalam industri F&B, peniaga perlu menetapkan harga jualan yang betul-betul boleh memberikan keuntungan terlebih dahulu.

2) Jangan jual banyak menu

Tidak digalakkan untuk menjual lebih daripada 10 menu. Ini kerana, lebih banyak menu akan melibatkan lebih banyak kos.

Sekiranya mahu banyakkan pilihan, lakukan teknik Kejuruteraan Menu secara betul supaya stok bahan mentah yang sama boleh digunakan untuk lebih daripada dua jenis hidangan.

Kejuruteraan Menu merupakan satu teknik yang digunakan untuk mendapatkan keuntungan maksimum daripada setiap pelanggan yang masuk ke restoran.

WhatsApp Image 2024-02-29 at 13.40.14

Restoran milik Asma’ yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. — Facebook/Ustazah Asma’ Harun

3) Buang menu kurang permintaan

Usahawan disarankan untuk membuang menu yang kurang mendapat permintaan daripada senarai hidangan.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengekalkan menu popular yang mampu menarik perhatian pelanggan.

4) Sediakan tiga jenis saiz hidangan

Untuk mengurangkan kos bahan, anda boleh membuat tiga pilihan hidangan iaitu saiz kecil, sederhana atau besar dan letakkan juga tiga jenis harga yang berbeza.

Ia supaya peniaga dapat mempuratakan kos yang lebih rendah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram