Kini cuma tinggal Ayam Patah Kepak, Helang Menyusur Angin dan Getam Pekasam, ketahui jenis tengkolok kebanggaan warisan Kesultanan Perak


  • Massa
  • Selasa, 27 Feb 2024

Tengkolok Helang Menyusur Angin digunakan oleh Sultan Nazrin Shah sebagai tengkolok rasmi selepas baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35.

TENGKOLOK merupakan salah satu perhiasan tradisional yang digunakan sebagai penutup kepala lelaki Melayu pada zaman dahulu.

Diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat mengikut bentuk atau solekan tertentu, tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak atau tanjak, bulang hulu dan setangan kepala.

Memiliki rekaan yang unik dan tersendiri, tidak hairanlah ia hadir sebagai pelengkap busana selain menjadi lambang kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat Melayu.

Walaupun mempunyai nama yang sama, setiap negeri di tanah Melayu memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza.

Tengkolok Diraja juga merupakah salah satu pakaian kebesaran Raja-raja Melayu di Malaysia.

Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja selain digayakan juga oleh pengantin lelaki ketika persandingan.

Jangan tak tahu, meskipun tengkolok dicipta sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, namun tengkolok dari Perak dikatakan antara negeri yang memiliki warisan tengkolok paling cantik.

Malah beberapa bentuk ikatan tengkolok negeri berkenaan direkodkan dalam satu kajian oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Konsert Ed Sheeran elok je', ramai kompelin konsert malam Nisfu Syaaban di Kedah dibatalkan saat akhir sebab tiada permit

(From right) Brothers Mohd Rafi, Mohd Arif, Kamrul and Ghazali showing off their hand-made headgear and capal at their stall in Kuala Terengganu. — Bernama

Tanjak yang tampil dengan motif dan rekaan lebih moden sesuai digayakan masyarakat moden masa kini. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Potong dulu baru timbang, peniaga ayam di Changloon cari keberkatan dalam bisnes

Bagi kesultanan Perak, terdapat beberapa jenis tengkolok yang diguna pakai pada zaman dahulu iaitu tengkolok Ayam Patah Kepak, Belah Mumbang, Balung Ayam, Mumbang Belah Dua, Pucuk Pisang Patah, Anak Gajah Menyusu, Lang Menyongsong Angin, Menyongsong Angin, Lang Sioh, Tengkolok Sering, Helang Mengeram, Getam Pekasam, Megat Terawis, Destar Kreatif, Sekalung Bunga Selingkar Rotan dan Alang Iskandar.

Bagaimanapun menurut perkongsian seorang pengguna laman X (Twitter), Amar Aziz, pada masa kini kesultanan Perak hanya mengguna pakai tiga jenis tengkolok sahaja iaitu Ayam Patah Kepak, Helang Menyusur Angin dan Getam Pekasam.

Ayam  Patah  Kepak

Ayam Patah Kepak

1) Ayam Patah Kepak

Ayam Patah Kepak dikenali ramai sejak ia mula dipakai oleh Sultan Perak pada tahun 1984.

Tengkolok jenis ini mempunyai bentuk seperti kepak ayam yang sudah patah.

Tanjak yang digunakan oleh Sultan adalah berwarna putih bersulamkan benang perak.

Penggunaan warna tersebut dikhususkan untuk Raja Perak, manakala warna kuning adalah untuk Raja Muda Perak.

Setiap warna tanjak yang dipakai oleh mereka menggambarkan betapa beratnya tanggungjawab pentadbiran yang merangkumi tugas adat istiadat, agama dan lain-lain.

Helang Menyusur Angin

Helang Menyusur Angin

2) Helang Menyusur Angin

Ia memiliki rekaan bentuk cukup unik, dengan gambaran seekor burung helang yang sedang terbang melawan angin.

Bentuk tengkolok ini diperbuat daripada songket berwarna hitam bersulam benang perak.

Tanjak yang dikemaskini dari segi reka bentuk itu diangkat sebagai tengkolok rasmi oleh Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah selepas baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35.

Getam Pekasam

Getam Pekasam

3) Getam Pekasam

Tanjak jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan pegawai-pegawai kanan istana, juak-juak atau hamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat kebesaran.

Pemakai Getam Pekasam bertanggungjawab menutup atau menyimpan rahsia aib dan malu pihak atasan, keluarga atau pesakit yang dirawat.

Selain Perak, Selangor dan Pahang juga memakai tengkolok jenis yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram