Ajal ketika hantar borang nikah, bakal pengantin maut rempuh lori sampah di Sungai Besar


  • Tular
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Keadaan depan motosikal mangsa yang berkecai akibat kemalangan di Sungai Besar, Selangor pada Jumaat. — Facebook

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pengangkut sampah di Jejantas Kampung Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor pada Jumaat.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Love Sekinchan, kemalangan itu berlaku pada waktu Subuh.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai terlanggar lori lalu merempuh kenderaan terbabit dari belakang.

BACA LAGI : Polis kesan saksi nahas 3 kenderaan, pengantin baharu maut di Tanjong Karang

430113716_822481516573036_1631020922346595489_n

Mangsa yang dikenali sebagai Hanif Azwan menerusi laman Facebooknya. — Facebook

BACA LAGI : Kakak pengantin baharu maut kemalangan di Tanjong Karang minta saksi tampil

Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam yang dipercayai kawan mangsa, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa perjalanan menghantar borang pernikahannya.

"Mangsa gerak dari sini dalam pukul empat pagi, untuk hantar borang nikah.

"Isnin dia lapor diri kerja baru di Shah Alam, Selangor," dakwa pengguna akaun Facebook Syafiq Sokri.

Majlis pernikahan mangsa juga dikatakan bakal berlangsung dalam masa terdekat.

"Minggu depan dengar cerita majlis nikah," dakwanya lagi.

Namun, identiti mangsa dan punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram