[VIDEO] Kakak pengantin baharu maut kemalangan di Tanjong Karang minta saksi tampil


  • Massa
  • Rabu, 20 Dis 2023

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor pada Ahad lepas.

KAKAK kepada pengantin lelaki yang maut dalam kemalangan tragis membabitkan tiga buah kenderaan di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor pada Ahad lalu memohon agar saksi kejadian tampil.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Intan Noratini, dia meminta kesemua saksi atau orang yang melihat kejadian berkenaan supaya menghubunginya.

"Intan minta bantuan kepada siapa sahaja yang melihat kejadian kemalangan adik Intan, mohon untuk hubungi Intan dengan segera di talian 011-26517884," katanya.

msg1050426791-20909

Intan Noratini yang memohon agar saksi kejadian menghubunginya segera.

Dalam pada itu, Intan yang dilihat masih bersedih dengan kehilangan adiknya itu sempat berkongsi sebuah video memaparkan momen ketika majlis perkahwinan mangsa.

Mangsa, Norsyam Nasullah Rahim, 23, dikatakan baru mengadakan majlis perkahwinannya pada 16 Disember (Sabtu).

msg1050426791-20905

Tankapan skrin memaparkan mangsa ketika majlis perkahwinannya sebelum meninggal dunia. — Facebook/Intan Noratini

Terdahulu, mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Aini Hayati Mohd Radzi, 22, yang turut terlibat dalam kemalangan cedera di dagu serta patah kaki.

BACA LAGI: Polis kesan saksi nahas 3 kenderaan, pengantin baharu maut di Tanjong Karang

Sementara itu, Mohd Azizi Faez Mohamad Alias, 33, yang cedera parah ketika mahu membantu mangsa keluar ketika kejadian dilaporkan meninggal dunia pada Selasa selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram