Dagu terbelah, otak bersepai, remaja perempuan putus kepala 'superbike' terbabas langgar pokok di Miri


  • Tular
  • Selasa, 27 Feb 2024

Keadaan mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Miri pada awal pagi Selasa.

SEORANG remaja perempuan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dalam insiden di Tanjung Lubang, Miri, Sarawak pada awal pagi Selasa.

Mangsa, 19, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

BACA LAGI: Penghantar barang pekak nyaris maut, toleh belakang lihat van dah putus 2 dirempuh kereta api

msg1050426791-26551

Kepala mangsa yang terputus akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam itu, difahamkan, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar beberapa batang pokok di bahu jalan.

Impak daripada kemalangan itu, mangsa dikatakan telah terpelanting manakala motosikalnya terbelah dua.

Dalam kejadian itu, kepala mangsa juga terputus dua dan beberapa organ dalaman turut terkeluar.

Setakat ini, mayat mangsa dilaporkan sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

BACA LAGI: Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu mengesahkan mengenai kemalangan tersebut.

Dalam kejadian tersebut, beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 itu datang dari arah Tanjung Lubang ke Coco Cabana sebelum membuat pusingan U ke Tanjung Lubang semula.

“Selepas membuat pusingan U, motosikal yang ditunggang mangsa berusia 18 tahun itu disyaki gagal dikawal sebelum terbabas di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram