[VIDEO] Lelaki kesakitan minta tolong sambil pangku kawan lepas terlibat nahas lori ikan terbalik di Sungai Buaya


  • Tular
  • Rabu, 28 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Rawang, Selangor pada Rabu.

SATU kemalangan berlaku melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori ikan di Sungai Buaya, Selangor menghala ke Rawang pada Rabu.

Dalam kejadian itu, seramai tiga mangsa cedera dengan badannya berlumuran darah terduduk di pembahagi jalan.

Menerusi video dikongsikan di aplikasi Telegram, salah seorang mangsa sedang meminta tolong sambil memangku seorang lagi mangsa.

"Tolong ambilkan telefon saya dalam tu (sambil menunjukkan isyarat tangan ke arah lori).

BACA LAGI: Protes disaman polis, lelaki berjubah siap serban gigih bersila tengah jalan

BACA LAGI: Nasib tak sempat tukar baju, wanita meraung lelaki berpurdah ikut masuk surau

Lori yang dinaiki kesemua mangsa itu turut membawa muatan beberapa tong ikan yang dilihat bertaburan atas jalan.

Malah turut kelihatan kesemua ikan yang dibawa itu bergelimpangan di atas jalan ketika itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah tindakan beberapa orang awam cuba membungkus dan mengutip ikan tersebut.

Mereka dilihat mengambil beberapa ekor ikan dan memasukkannya ke dalam plastik.

Sementara itu, keadaan kesemua mangsa masih tidak dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram