SEORANG lelaki lengkap berpakaian jubah dan serban bertindak di luar jangkaan kerana duduk bersila di tengah jalan raya di hadapan Masjid Terapung Amahami, Kota Bima, Indonesia pada Selasa.
Dia bertindak sedemikian kerana tidak puas hati disaman oleh pihak polis.
Menerusi video tular sejak Rabu itu, lelaki berkenaan dilihat duduk di tengah-tengah laluan kenderaan dengan sejadah kecil yang dibentangkan di hadapannya.
BACA LAGI : Nasib tak sempat tukar baju, wanita meraung lelaki berpurdah ikut masuk surau
BACA LAGI : Pak cik berkopiah buang tabiat, kencing dekat bonet belakang kereta tak pandang kiri kanan
Dalam video sama, seorang anggota polis turut dilihat mengawasi keadaan lalu lintas disebabkan perbuatan lelaki tersebut.
Pada waktu itu, individu terbabit dilaporkan terus berdoa agar polis itu diberikan petunjuk.
Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan mendoakan supaya anggota polis yang memberi saman kepadanya menerima hukuman.
Beberapa kenderaan yang melalui jalan itu juga terpaksa mengelak daripada melanggar individu berkenaan.
Sementara itu, pihak polis dilaporkan memberi surat saman kepada lelaki tersebut kerana gagal mematuhi undang-undang jalan raya.
"Lelaki itu dikenakan saman kerana tidak memakai topi keledar dan tidak membawa lesen memandu.
"Dia membuat protes kerana motosikalnya disaman oleh polis," tulis pemilik video tular itu.
Polis Indonesia bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram