SEORANG lelaki bernasib baik selepas terlepas maut apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan ngeri di Milwaukee, Amerika Syarikat (AS) pada November 2021.
Meskipun kejadian itu sudah hampir tiga tahun berlalu, ia tetap menjadi salah satu insiden yang tidak dapat dilupakan dan masih menjadi bualan ramai di media sosial.
Separuh bahagian van yang melekat pada kereta api ketika itu. — Agensi
Apabila diimbau kembali, kemalangan berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang penghantar barang di sebuah syarikat terkemuka dalam perjalanan ke luar bandar.
Dia yang bernama, Alexander Evans memandu van milik syarikat berkenaan dengan melalui sebuah persimpangan laluan kereta api.
Pada masa kejadian, Evans menyangka tiada kereta api melalui landasan tersebut kerana tidak mendengar apa-apa bunyi.
Namun, menerusi video papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial sejak Selasa, van terbabit secara tiba-tiba dirempuh oleh kereta api.
Keadaan depan van yang terbelah dua. — Agensi
Lebih mengejutkan, mangsa terselamat walaupun keadaan vannya terbelah dua selepas dirempuh.
Selepas kejadian, Alexander mendedahkan bahawa dia tidak dapat mendengar hon amaran yang diberikan kereta api tersebut kerana telinga kirinya 'pekak' pada waktu itu.
Dia juga meluahkan rasa terkejutnya kerana tidak percaya akan terselamat dalam kemalangan ngeri tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram