[VIDEO] Lelaki warga emas maut tersepit, 2 lori bertembung di Cyberjaya


  • 112
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki India berusia 60-an telah tersepit di dalam lori tiga tan selepas terlibat dalam satu kemalangan dua buah lori di kawasan Cyberjaya menghala ke Dengkil, Selangor pada Jumaat.  — Ehsan Bomba

SEORANG warga emas lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dua buah lori di kawasan Cyberjaya menghala ke Dengkil, Selangor pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 12.53 tengah hari Jumaat.

Beliau berkata, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah lori tiga tan telah melanggar belakang lori 10 tan.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki India berusia 60-an telah tersepit di dalam lori tiga tan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI : [VIDEO] Juruterbang maut terlibat nahas pesawat ringan Gabriel BK160TR dilantik bagi tujuan promosi — MOT

BACA LAGI : [VIDEO] Hampir putus kaki gara-gara tidak sabar tunggu feri mendarat

Jelasnya, dua lagi lelaki Melayu berusia 40-an yang menaiki lori 10 tan telah mengalami cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Pada masa sama, video kemalangan tersebut tular di laman media sosial.

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan mayat mangsa tersepit di sebuah lori dan orang awam turut kelihatan mengerumuni tempat kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram