Ramai lagi seperti gigolo Janda Baik, pelajar wanita IPTA turut didakwa cari makan di platform X


  • Massa
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Suspek (tengah) bersama dengan 2 teman wanitanya ditangkap oleh polis atas kesalahan jenayah seksual di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

TINDAKAN polis membongkar kes jenayah seksual yang melibatkan seorang 'gigolo' tempatan kerana merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks pada Khamis ternyata membuka mata masyarakat pada ketika ini.

Siapa sangka, Malaysia yang terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun serta penuh adab tiba-tiba digemparkan dengan kes yang sedemikian rupa.

Manakan tidak, suspek berusia 31 tahun tanpa segan silu menjual video itu di media sosial sejak Julai lalu sebelum dicekup di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Kes tersebut turut menjadi bualan warga maya dan rata-rata daripada mereka sudah mula meluahkan kerisauan kerana medium yang digunakan suspek untuk melakukan aktiviti tersebut adalah melalui aplikasi media sosial.

BACA LAGI: Hanya 2 kali seminggu pakai pakaian seragam sekolah - KPM

Silhouettes of mobile users are seen next to logos of social media apps projected on a screen in this picture illustration taken in 2018. — Reuters

Ada segelintir pelajar IPTA menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari pelanggan. — Gambar Hiasan

BACA LAGI: NUTP, kesatuan guru gesa KPM kaji semula perisian idME yang membebankan

Ia juga dilihat dapat mempengaruhi golongan remaja atau segelintir individu untuk melakukan perkara yang sama sekali gus merosakkan akhlak dan menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

Seorang pengguna X (Twitter), Rutz mendedahkan kegiatan yang dilakukan oleh suspek sebenarnya bukanlah perkara baru.

"Ada ramai lagi (pelaku jenayah seksual) di platform X. Termasuk pelajar wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) mencari pelanggan di platform X," ciapnya.

Individu berkenaan turut menggesa kerajaan terutamanya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk bertindak dengan kadar segera.

"Bila kerajaan Madani, Fahmi Fadzil nak buat tindakan kepada pemilik laman X, Elon Musk?

"Indonesia sudah buat sekatan lucah, kenapa Malaysia tak buat?," soalnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Arman turut berharap agar kerajaan membanteras jenayah tersebut dan menangkap semua yang terlibat dengan kadar segera.

"Yang melanggan channel dia (suspek) ada nombor kan? Tangkap sekali.

"No demand, no supply," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram