DI seluruh dunia, setiap tahun akan ada sahaja pelbagai rekod dunia yang dipecahkan oleh manusia yang meliputi acara sukan sukan sehinggalah kepada sekecil-kecil dan aneh.
Misi memecahkan rekod itu lazimnya tercetus dengan pelbagai sebab antaranya bagi membuat pencapaian peribadi, mencari kepuasan diri dan termasuk menarik perhatian masyarakat untuk mengumpulkan dana.
Pada 20 April 2008, seorang paderi dari Brazil, Adelir Antonio de Carli mengambil keputusan untuk cuba memecahkan rekod dunia dengan membuat misi penerbangan di atas lautan menggunakan 1,000 belon berisi gas helium.
Langkah tersebut dilakukan bagi membantunya mengumpul wang untuk pembinaan sebuah gereja khusus buat pemandu lori di kawasannya.
Dalam misi tersebut, dia cuba untuk memecahkan rekod 19 jam penerbangan dengan menggunakan belon.
Adelir memulakan perjalanan dengan bertolak dari bandar pelabuhan, Paranagua, Brazil dengan memakai topi keledar, sut penerbangan haba aluminium dan baju kalis air.
BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk Semenanjung Gaza berlindung di Rafah umpama tunggu giliran kematian
Adelir Antonio de Carli. — Agensi
Untuk rekod, paderi tersebut bukanlah individu yang asing daripada aktiviti ekstrem.
Ini kerana selain memiliki pengalaman sebagai penerjun payung, dia juga pernah menjalani latihan survival hidup di kawasan hutan belantara.
Malah, misi tersebut merupakan kali kedua dirinya melakukan penerbangan sedemikian dengan yang pertama dilakukan menggunakan 600 belon pada Januari 2008.
Dalam penerbangan pertamanya yang mencecah ketinggian 5,300 meter itu, Adelir berlepas dari bandar Ampere, Brazil sebelum selamat mendarat di Argentina.
Sementara itu, ketika percubaan keduanya itu, dia turut membawa alat Sistem Pengesanan Global (GPS) dan radio bagi membolehkannya mengemas kini kedudukannya.
Bagaimanapun, lapan jam selepas waktu berlepas, Adelir yang berusia 41 tahun itu dilaporkan terkeluar dari grid asal penerbangannya.
Ekoran daripada itu, pihak berkuasa segera mengerahkan pesawat, helikopter dan pasukan penyelamat bagi mencarinya.
Petanda mengenai kedudukannya hanya ditemui kira-kira dua hari kemudian apabila belon berwarna-warni yang digunakannya ditemui di perairan negeri Santa Catarina, selatan Brazil, berhampiran titik terakhir komunikasi lelaki berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Gempur pengintip Israel habis-habisan, Turkiye cekup 34 individu disyaki anggota Mossad
Belon Helium yang dijumpai di perairan berdekatan dengan lokasi terakhir Adelir menghasilkan komunikasi. — Agensi
Bagaimanapun, jasadnya tidak ditemui bersama alat bantuan penerbangan tersebut.
Mayat Adelir hanya ditemui lebih tiga bulan kemudian pada Julai secara tidak sengaja oleh sebuah bot tunda dengan ujian DNA mengesahkan tubuh itu merupakan milik paderi terbabit.
Dalam kemalangan tersebut, dia dikatakan telah mencapai ketinggian 6,096 meter, dan sedang dalam perjalanan untuk turun ke ketinggian kira-kira lebih 1,829 meter kaki untuk penerbangan tersebut dirancang tiba ke Dourados, Brazil.
Malangnya, Adelir dikatakan telah diterbangkan angin sebelum dia terputus hubungan komunikasi.
Laporan mengenai insiden berkenaan menyatakan selepas terhempas, paderi berkenaan dipercayai mengalami masalah untuk menggunakan GPS menyebabkan terus hanyut dan sukar untuk dikesan dan menerima bantuan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram