[VIDEO] Pemain tersungkur kena terajang lelaki tak berbaju dalam kes pergaduhan di Butterworth


  • Tular
  • Isnin, 26 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dipercayai pemain bola sepak amatur diterajang dari arah belakang oleh seorang lelaki lain yang tidak berbaju dalam kejadian di Butterworth, Pulau Pinang.

TULAR satu video pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah padang bola dipercayai di Butterworth, Pulau Pinang.

Insiden ketegangan yang tular sejak Isnin itu dipercayai melibatkan pemain daripada dua pasukan amatur yang sedang bermain bola sepak.

Berdasarkan klip berdurasi 21 saat itu, beberapa individu yang memakai set lengkap jersi dan but dilihat menyerang antara satu sama lain di tepi padang.

Pergaduhan tersebut dipercayai turut melibatkan beberapa orang penyokong yang hadir.

BACA LAGI: Jemput 'Hot Daddy Ash' jadi tetamu jemputan podcast, ibu bapa kesal suspek pengedar pornografi dijadikan idola

photo1708953925 (1)

Tangkap layar video tular insiden pergaduhan di padang bola yang tular sejak Isnin.

BACA LAGI: Ramai lagi seperti gigolo Janda Baik, pelajar wanita IPTA turut didakwa cari makan di platform X

Pada bahagian akhir video berkenaan, seorang lelaki yang memakai jersi biru dilihat diterajang daripada arah belakang sehingga terjatuh oleh seorang lagi pemain lain yang tidak memakai baju.

Dalam kejadian tersebut, beberapa individu didapati turut cuba menenangkan keadaan.

Punca tercetusnya pergaduhan dan waktu sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram