[VIDEO] Bukan pandu melulu tapi masalah brek punca 'King' hilang kawalan sampai terbalik di Keningau


  • 112
  • Ahad, 25 Feb 2024

Tangkap layar sebuah kemalangan melibatkan Perodua Myvi di Kilometer 37 Jalan Kimanis-Keningau pada Sabtu.

TULAR satu video memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi merempuh sebuah pengadang jalan sebelum melambung ke udara.

Melalui video yang dikongsikan di laman X (Twitter), @MALAYSIAVIRALLL pada Ahad memaparkan pemandu tersebut memandu dalam keadaan laju sehingga hilang kawalan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di di Kilometer 37 Jalan Kimanis-Keningau dekat Keningau, Sabah pada Sabtu.

"Bawa kereta mcm 'pelesit' dekat selekoh. Ini bukan masalah brek, ini masalah bawak kereta tertinggal otak dekat rumah," tulisnya.

BACA LAGI: Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

BACA LAGI: Bahana mabuk, isteri maut dibakar suami di Sabah

Video tersebut turut menjadi bualan warga maya ekoran daripada tindakan pemandu tersebut yang memandu secara berbahaya yang memintas sebuah kenderaan lain di kawasan garisan berkembar.

Malah, dalam video itu juga kelihatan Myvi berkenaan hampir melanggar sebuah kenderaan lain.

Kenderaan terbabit kemudiannya terbabas dibahu jalan lalu melambung ke atas sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi yang berusia 17 tahun bersama penumpang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Melalui maklumat awal, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.

"Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta tidak berfungsi sehingga menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik.

"Pemandu dan penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar," katanya pada Ahad.

Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan brek dan menyelenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut.

"Ini disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan kawasan itu memang lokasi yang kerap berlakunya kemalangan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram