PIHAK bomba menemui mayat seorang wanita yang dipercayai baru sahaja meninggal dunia terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines, Ipoh, Perak pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu polis mengambil mayat seorang wanita kira-kira pukul 10.20 pagi.
Mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap. — Bomba
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu wanita pertengahan umur panik, kereta kena sondol depan belakang
"Kami segera mengerahkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ke lokasi kejadian.
"Mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap dan kad pengenalan juga ditemukan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau memaklumkan, operasi ditamatkan pada pukul 11.24 pagi dan mayat wanita itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram