[VIDEO] Selepas 19 jam operasi, mayat anggota bomba lemas di Butterworth ditemui


  • 112
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Mayat mangsa dikesan oleh salah seorang anggota pasukan penyelamat pada pukul 5.30 petang sebelum disahkan ia adalah Mohd Izwan. — The Star

SELEPAS 19 jam, mayat anggota bomba yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menguji enjin bot pasukan di Jeti Pangkalan Marin, Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang akhirnya ditemui pada Jumaat.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, mayat mangsa, Mohd Izwan Illias, 42, ditemui kira-kira pukul 5.32 petang selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam radius 20 meter dari lokasi terakhir berhampiran lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Penemuan ini hasil daripada operasi strategik yang dilaksanakan apabila kita membaca pergerakan arus.

“Kita kecilkan skop pencarian daripada satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu kepada radius 100 meter ke hulu dan 300 meter ke hilir sebelum anjing pengesan yang kita bawa daripada Unit K9 di peringkat awal menunjukkan tanda-tanda pengesanan dalam radius hanya 50 meter daripada lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat lepaskan burung peliharaan dan minta maaf dengan ibu, lelaki OKU mental ditemukan lemas bawah jambatan Tumpat

BACA LAGI: Selain parkir bertingkat, KKM boleh buat 2 lagi cara atasi isu letak kenderaan terhad

Nor Hisham berkata, jasad mangsa dikesan oleh salah seorang anggota pasukan penyelamat pada pukul 5.30 petang sebelum disahkan ia adalah milik Mohd Izwan.

Jelasnya, mayat tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

“Arwah diklasifikasikan sebagai terkorban ketika menjalankan tugas rasmi.

WhatsApp Image 2024-02-23 at 22.40.54

Mohd Izwan ditemui kira-kira pukul 5.32 petang selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan. — Facebook

“Justeru, satu majlis istiadat penghormatan terakhir akan kita dilaksanakan di Kampung Pekan Darat malam ini (Jumaat) sebagai tanda terima kasih di atas komitmen dan pengorbanan arwah khususnya JBPM,” katanya.

Dalam pada itu ujar beliau, pihaknya akan memastikan kebajikan balu dan lima anak mangsa berusia antara empat sehingga 16 tahun tetap terbela.

"Hidup dalam pasukan bomba memang akan berlaku risiko luar jangka yang tidak dapat dielakkan namun paling penting, kita akan lihat isu kebajikan keluarga.

“Pertamanya, kita akan koordinasi dengan kerajaan negeri dan melihat dalam payung kebajikan bomba,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram