MAYAT seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemukan dalam sebuah pembetung najis dalam kejadian di Santo Domingo, Republik Dominican, Amerika Utara pada Khamis.
Wanita berusia 23 tahun itu dipercayai dirogol beberapa kali sebelum dibunuh dan diletakkan di dalam pembetung tersebut.
Mangsa, Paula Santana Escalante pada awalnya dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja.
Saudara-maranya memutuskan untuk menghubungi tempat kerjanya iaitu di sebuah syarikat baharu di Zon Perdagangan Bebas Las Americas untuk bertanya lanjut tentang keberadaan mangsa.
Rakan sekerjanya bagaimanapun memaklumkan bahawa wanita tersebut sudah pun pulang sejurus tamat waktu kerja dan tidak hadir keesokan harinya.
Operasi mencari dimulakan dalam sebuah gudang yang sedang dalam pembinaan, hingga membawa kepada penemuan mayat mangsa terapung di dalam pembetung di kawasan itu.
Paula Santana Escalante — Agensi
Media antarabangsa melaporkan, Paula disifatkan sebagai seorang wanita yang sangat berdedikasi. malah dia juga sedang dalam proses untuk menjadi pramugari di Ciaiasca.
Dalam masa sama, beberapa rakan sekerja memberitahu bahawa salah seorang rakan sekerja mereka dilihat sering mengganggu dan menganiayanya, namun butiran lanjut mengenai suspek masih belum dapat dinyatakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram