Selain parkir bertingkat, KKM boleh buat 2 lagi cara atasi isu letak kenderaan terhad


  • Massa
  • Khamis, 22 Feb 2024

Penambahan jumlah pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan menjadi antara faktor parkir tidak mencukupi. — Gambar hiasan

KEKURANGAN ruang letak kenderaan di beberapa hospital kerajaan bukanlah perkara baharu dan masih menjadi masalah yang tidak berkesudahan sejak lebih tiga dekad.

Selain Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) adalah antara lokasi paling kritikal.

Bukan sahaja ahli keluarga atau pelawat, malah pesakit juga ada yang terpaksa berjalan jauh disebabkan ketiadaan tempat parkir kosong di situ.

Nak meletakkan kereta di tepi berdekatan hospital, bimbang disaman pihak berkuasa, namun apalah lagi pilihan yang ada.

Ini memberi gambaran betapa hospital berkenaan ketika ini masih kekurangan dari segi fasiliti dan keperluan pesakit.

Bukannya langsung tiada tempat letak kenderaan, namun penambahan jumlah pesakit yang ingin mendapatkan rawatan menyebabkan parkir tidak mencukupi.

Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pihak berkaitan perlu mempertimbang beberapa cadangan yang disuarakan oleh warga maya dalam usaha menyelesaikan isu parkir di HRPB.

BACA LAGI: Pura-pura pekak dan bisu minta sedekah, 'pak ustaz' di Maran mampu pakai Proton X70 'high spec', raih RM100 sejam

BAINON

Isu parkir terhad di HRPB sudah berlanjutan lebih 30 tahun. — Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi balai RM300, bayar sini RM100', PDRM siasat anggota trafik bagi pasangan UK pilih bayar saman

1) Menyediakan parkir mekanikal

HRPB boleh mempertimbangkan inisiatif untuk menggunakan teknologi sistem parkir mekanikal bagi mengatasi isu tempat letak kenderaan terhad di premis berkenaan.

Seperti yang dilaksanakan di Hospital Selayang, pusat perubatan itu menyediakan 60 petak parkir meliputi lima menara bagi fasa pertama iaitu dan akan ditambah mengikut keperluan.

Inisiatif KKM tersebut dilihat cukup baik dan menerima maklum balas positif daripada pengunjung di Hospital Selayang sejak beroperasi pada 1 Jun 2023.

Ipoh general hospital  in facing parking issues.Car park almost full house.(25th April 2022).RONNIE CHIN/The Star

Terdapat pesakit yang terpaksa berjalan jauh disebabkan ketiadaan tempat parkir kosong di situ. — Gambar hiasan

2) Parkir bertingkat

Difahamkan, sebuah kompleks parkir bertingkat akan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di HRPB.

Pada tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan awal dengan sebuah syarikat dari China yang telah menyatakan kesediaan membina kompleks parkir itu dijangka dimulakan pembinaannya tahun depan.

Malah inisiatif parkir bertingkat itu akan turut diaplikasikan di hospital kerajaan negeri Perak lain seperti di Hospital Taiping dan hospital lain yang mengalami masalah kekurangan tempat letak kenderaan.

3) Parkir bawah tanah

Warga maya mencadangkan agar pihak hospital menambah parkir bawah tanah bagi mengatasi isu tempat letak kenderaan tidak mencukupi di hospital.

Disebabkan kawasan terhad, perbincangan untuk merealisasikan langkah ini dilihat lebih sesuai dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Malah, penyediaan parkir ruang bawah tanah berupaya memberi lebih keselesaan kepada pengguna kerana terlindung daripada cahaya matahari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram