SEORANG kanak-kanak terkejut apabila menyaksikan sebuah kemalangan di depan matanya ketika sedang bergurau senda bersama bapanya di dalam kereta.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Twitter (X) @jllmisai, kanak-kanak tersebut pada awalnya sedang membuat bunyi siren ambulans ketika menunggu lampu isyarat merah di persimpangan jalan di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.
Namun, beberapa minit kemudian, sebuah kereta di arah bertentangan dilihat meluncur laju sebelum merempuh penunggang motosikal.
BACA LAGI : Penunggang motor melambung rempuh kereta tak jadi 'u-turn', berhenti tengah jalan di Ketereh
Tangkap layar video memaparkan sebuah motor yang terpelanting ketika dirempuh.
BACA LAGI : Pemandu Wira rempuh penunggang OKU sampai maut di Jalan Batu Kitang bukan lari tapi serah diri
Kejadian mengejut itu berlaku juga berlaku di tengah-tengah persimpangan jalan berhampiran lokasi mereka.
Sejurus kejadian itu, kanak-kanak tersebut meminta izin bapanya untuk melihat situasi yang berlaku serta mengajukan beberapa soalan lain tentang situasi yang berlaku.
"Apa? Boleh saya tengok? Siapa yang langgar motosikal itu? Kereta kelabu?," soalnya.
Pertanyaan itu bagaimanapun dijelaskan dengan baik oleh bapanya sebelum berlalu pergi dari lokasi kejadian.
"Jangan, jangan buka. Ada orang langgar motosikal itu. Kereta hitam," jawab bapanya.
Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, lampu isyarat di laluan penunggang terbabit hijau dan mendakwa bahawa pemandu tersebut yang salah.
Bagaimanapun, keadaan sebenar penunggang dan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak dapat dipastikan lagi.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram