Tiada kata dapat gambarkan betapa pentingnya Taib Mahmud dalam hidup, luah isi hati Raghad


  • Primer
  • Rabu, 21 Feb 2024

Saat bahagia Raghad (kanan) ketika melangsungkan perkahwinan bersama Taib Mahmud pada 18 Disember 2010.

"TIADA perkataan yang boleh menjelaskan betapa bermaknanya Tun Abdul Taib Mahmud kepada saya."

Demikian status dimuat naik Toh Puan Raghad Kurdi Taib di Instagram berikutan pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Raghad atau nama sebenarnya Raghad Waleed Alkurdi, 44, turut berdoa agar roh suaminya itu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang soleh di syurga.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2010. Ia merupakan perkahwinan kedua Taib Mahmud selepas kematian isteri pertamanya, Laila Taib pada 2009.

BACA LAGI: Taib Mahmud meninggal dunia, Sarawak berkabung 2 hari

msg-468649021-49569

Hantaran dimuat naik Raghad di laman Instagram berhubung pemergian suami tercintanya pada Rabu.

BACA LAGI: Dua minggu membisu, isteri Taib Mahmud buka mulut jawab tuduhan bawa lari suami dari hospital

Sebelum ini, Raghad menafikan laporan 'membawa lari' suaminya dari hospital pada 4 Februari lalu.

Isteri bekas Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan bahawa sebagai isteri, dia tidak akan sekali-kali meletakkan kesihatan suami dalam bahaya.

Raghad berkata, dia tidak melarikan suami dari Hospital Normah, Kuching, Sarawak kerana mendapat kebenaran daripada doktor yang menjaga rawatan Taib ketika itu iaitu Dr. Tan Sian Kong.

Pada Rabu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Jenazah Allahyarham Taib akan disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor pada Khamis.

Untuk rekod, Taib pernah berkhidmat sebagai Menteri Persekutuan dalam pelbagai jawatan selama 13 tahun sebelum pelantikannya sebagai Ketua Menteri keempat Sarawak pada 26 Mac 1981.

Sebagai Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak dari 1981 hingga 2014, beliau memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf ekonomi negeri tersebut.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, Taib menjadi Yang di-Pertua Negeri ketujuh pada 28 Februari 2014, menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram