[VIDEO] Laungan azan ikhtiar cari remaja lemas, mangsa Air Terjun Lata Hammer timbul 5km dari lokasi hilang


  • 112
  • Selasa, 20 Feb 2024

Tangkap layar usaha menyelamat dijalankan pihak bomba dan wakil keluarga mangsa di Air Terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama Bentong-Gombak pada Ahad.

AKTIVITI riadah lapan sahabat bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dan hilang di Air Terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama Bentong-Gombak sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar melaporkan, mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, Bentong adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Menurutnya, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima maklumat daripada MERS 999 kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Mangsa bersama tujuh rakannya ke lokasi berkenaan untuk beriadah.

"Salah seorang rakan mangsa juga memaklumkan sebelum kejadian, dua wanita yang tidak dikenali hampir lemas namun berjaya diselamatkan oleh pengunjung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar Zaiham, dalam keadaan kelam kabut, mereka mendapati salah seorang rakan iaitu mangsa hilang ketika berada di kawasan air tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak nyaris lemas dilambung ombak besar ketika mandi di Pantai Kemayang

BACA LAGI: Elak kejadian lemas Pantai Batu Buruk berulang, PBT negeri patut contohi New Zealand

Dalam pada itu, operasi menyelamat itu turut dibantu dengan ikhtiar daripada wakil keluarga mangsa yang melaungkan azan di kawasan air terjun tersebut.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi pada Ahad dan hari kedua pada Isnin turut melibatkan khidmat Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Temerloh.

Zaiham dilaporkan berkata, operasi SAR yang memasuki hari ketiga itu menggunakan khidmat penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Temerloh.

Menerusi perkembangan terbaharu, Muhamad Hafiz Khairul Azmi ditemukan pada 11.50 pagi Selasa dalam keadaan terapung kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram