SEPASANG suami isteri berkongsi pengalaman getir ketika mengembara ke Thailand baru-baru ini apabila didakwa menjadi mangsa penipuan.
Merupakan pempengaruh media sosial yang sering menjalankan aktiviti mengembara menggunakan kenderaan jenis 'campervan', perjalanan pasangan itu di negara Gajah Putih tersebut terganggu apabila dikenakan bayaran tinggi untuk memandu di negara terbabit.
Jelasnya, pegawai agensi di situ meminta bayaran sehingga AS$800 (RM3,832) sekiranya ingin memandu ke hotel yang ditempah.
Difahamkan, pasangan itu terlebih dahulu telah mendapat persetujuan daripada pihak hotel untuk memandu kenderaannya ke lokasi tersebut.
Namun, sebaik tiba di jeti, beberapa pegawai penguat kuasa negara berkenaan didakwa meminta bayaran mahal untuk kebenaran memandu kereta di negara terbabit.
Ia sekali gus mencetuskan perbalahan warganet yang rata-ratanya menganggap ia sebagai satu bentuk penipuan yang dikenakan terhadap pelancong asing.
BACA LAGI: Tak mudah nak hapuskan, jangan senangkan kerja scammer
BACA LAGI: Selain buat semakan, ada 2 lagi tip elak kena tipu scammer menyamar LHDN
"Bayar AS$800 untuk memandu di Thailand, ini memang satu penipuan, pelancong biasa dikenakan harga mahal dan ia memang tidak masuk akal," kata Nemsy.
"Mahal sangat, saya masih ingat pernah bercuti ke Thailand dengan kereta lengkap bernombor pendaftaran dan ia percuma," ujar Matt Chan.
"Hati-hati, ramai scammer cuba kenakan pelancong asing di Thailand, harga tak masuk akal dia kenakan," tambah Ram Poin.
Dalam pada itu, sikap segelintir pemandu di sana yang gemar meletakkan kenderaan di laluan jalan raya sempit juga turut dikecam.
Budaya meletakkan kereta di bahu jalan seperti sudah menjadi kelaziman buat masyarakat di Thailand yang sekali gus turut meraih perkongsian daripada pasangan pengembara berkenaan.
Jelasnya, percutian ke negara itu merupakan satu mimpi ngeri buat mereka kerana terpaksa berdepan pelbagai isu dan halangan yang tidak diduga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram