Taib Mahmud meninggal dunia, Sarawak berkabung 2 hari


  • Primer
  • Rabu, 21 Feb 2024

Taib Mahmud merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama, meninggal dunia pada Rabu.

BEKAS Yang di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

BACA LAGI : Dakwaan Taib Mahmud dibawa keluar hospital tengah malam, polis Sarawak sahkan kes disiasat Seksyen 336 KK

WhatsApp Image 2024-02-21 at 10.31.41 AM

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan takziah kepada keluarga Abdul Taib

BACA LAGI: 'Saya fokus dekat Iqbal dan Datuk Vida', komposer terkenal enggan buat lagu raya untuk Datuk Seri Aliff Syukri

Jenazah Allahyarham juga dilaporkan akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan balik ke Kuching, Sarawak pada hari yang sama.

Penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itu dikhabarkan bakal diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Susulan itu, kerajaan Sarawak mengisytiharkan perkabungan selama dua hari pada iaitu pada Rabu dan Khamis sebagai menghormati pemergian Tun Abdul Taib Mahmud.

Kerajaan negeri berkata, bendera akan dikibarkan separuh tiang pada hari Rabu dan Khamis, manakala majlis rasmi yang melibatkan hiburan akan ditangguhkan.

Masjid dan rumah ibadat digalakkan mengadakan solat hajat untuk Abdul Taib.

"Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib akan disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram