Baik beli yang jernih, 3 perkara anda perlu tahu tentang ais kiub


  • Massa
  • Selasa, 20 Feb 2024

Ais kiub jernih datangnya dari air yang dimasak atau ditapis. — Gambar Hiasan

KEADAAN cuaca panas pada ketika ini menyebabkan permintaan ais kiub semakin meningkat dalam pasaran.

Namun begitu, terdapat ais kiub yang digunakan di kedai makan boleh mengundang risiko terhadap kesihatan termasuk cirit-birit.

Ia ekoran masih wujud kilang-kilang ais kiub yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa beroperasi di seluruh negara.

Seorang pengusaha kedai makanan yang hanya ingin dikenali sebagai Sulaiman berkata, dia hanya mengambil ais kiub dari kilang yang sah bagi memastikan kebersihan ais kiub berkenaan.

"Ambil ais kiub dari kilang yang bersih dan berdaftar sahaja untuk keselamatan pengguna dan pelanggan.

"Selalu saya akan tengok warna kerana melalui pengalaman, ais kiub yang bersih selalunya air yang ditapis dan jernih.

"Boleh beza sebenarnya dan saya pun tak mahulah hidang air yang mengandungi ais kiub kotor serta diragui kebersihannya kepada pelanggan," katanya kepada Majoriti.

Screenshot 2024-02-19 190820

Keadaan cuaca panas pada ketika ini menyebabkan permintaan ais kiub semakin meningkat dalam pasaran. — Gambar Hiasan

Tambahnya lagi, ais kiub yang dijual dipasaran sebenarnya mengandungi dua jenis iaitu untuk kegunaan pengusaha makanan dan penjual barang basah.

"Boleh beza, pengusaha makanan atau minuman akan menggunakan ais kiub dalam ketulan kecil serta warnanya jernih.

"Manakala, penjual barang basah akan menggunakan ketulan ais yang lebih besar dan warnanya sedikit keruh," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Atiqah Shazwani Ahad berkongsi kepada Majoriti mengenai tiga perkara yang anda perlu tahu tentang ais kiub.

BACA LAGI: Kanser paru-paru penyakit paling berpotensi 'serang' lelaki selain masalah prostat

1. Ais kiub dimasak lebih jernih

FB_IMG_1583765449590

Ais kiub dari air yang ditapis atau dimasak lebih jernih. — BKKM Melaka

Air yang ditapis atau dimasak akan menghasilkan ais kiub yang lebih jernih. Ini kerana secara semula jadinya, air mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia lain.

Apabila kita masak, mendidihkan atau menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis atau dimasak akan kelihatan jernih.

Untuk air yang tidak dimasak pula, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu.

Maka gas ini akan terperangkap dalamnya dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air. Ikatan yang tidak sekata ini menyebabkan ais menjadi rupa keruh.

Jadi, sekiranya anda memesan air minuman, perhatikan ais kiub yang digunakan. Jangan tertipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab.

BACA LAGI: 'Sepsis si pembunuh senyap', penyakit keracunan darah usah dipandang ringan

2. Ais yang jernih lebih lambat cair

Gas terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat cair berbanding ais yang jernih. Ini kerana gas tersebut akan mempercepat proses ais kiub untuk mencapai suhu bilik.

Ini bermakna, kita dapat menikmati minuman sejuk dengan lebih lama jika meletakkan ais kiub yang jernih dalam minuman.

3. Kiub ais yang jernih lebih sedap

Disebabkan kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas tadi, rasa ais juga akan menjadi lebih sedap dan asli tanpa 'memerangkap' sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Pada masa sama, Atiqah turut menasihatkan orang ramai terutamanya peniaga memastikan ais kiub yang digunakan itu selamat dan tidak tercemar bagi mengelakkan sebarang penyakit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram