Kanser paru-paru penyakit paling berpotensi 'serang' lelaki selain masalah prostat


  • Sihat
  • Ahad, 09 Okt 2022

Kanser paru-paru biasanya dibahagikan mengikut dua kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu Non-small cell lung cancer (NSCLC) dan Small cell lung cancer (SCLC). — Agensi

KANSER paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia.

Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain.

Statistik juga menunjukkan kanser paru-paru adalah penyakit utama yang berpotensi untuk menyerang kaum lelaki selain daripada kanser prostat.

Image 3

Dr. Anand Sachithana

Presiden Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) dan Pakar Bedah Kardiotoraks, Dr. Anand Sachithana berkata, 25 peratus daripada kematian berkaitan kanser pada lelaki adalah disebabkan kanser paru-paru.

Katanya, kanser paru-paru biasanya dibahagikan mengikut dua kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu Non-small cell lung cancer (NSCLC) dan Small cell lung cancer (SCLC).

"Walaupun barah jenis SCLC jarang didapati, tetapi sel-sel kanser tersebut cepat membiak secara sangat pantas dan merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnosis," katanya kepada Majoriti.

Individu yang terdedah pada asap rokok juga berisiko menghidap kanser paru-paru.

Tambah Anand lagi, selain perokok aktif, golongan perokok pasif juga berisiko menghidap kanser paru-paru.

"Ini adalah kerana perokok pasif atau individu yang berada berdekatan dengan perokok terdedah pada asap rokok dihembuskan.

“Pada masa sama, pencemaran udara juga boleh mengakibat seseorang menghidap barah paru-paru. Selain itu, sejarah keluarga yang turut menjadi punca peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok," jelasnya.

More than seven million people worldwide die every year as a result of air pollution, and we are all exposed to it. — AFP

Pencemaran udara oleh asap industri turut menyumbang kepada kanser paru-paru dalam kalangan masyarakat. — Agensi

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2020, Malaysia mencatatkan 4,509 kematian disebabkan kanser paru-paru paling tinggi diikuti kanser payudara 3,503.

Lima simpton kanser paru-paru:

1. Batuk yang berterusan selama dua minggu

2. Batuk berdarah (haemoptysis)

3. Sesak nafas

4. Sakit dada

5. Kurang selera makan secara tiba-tiba

Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat.

Oleh yang demikian, pencegahan yang paling berkesan, melakukan pemeriksaan yang berkala dan berhenti merokok sekiranya seseorang individu tersebut merokok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram